fbpx

Lagi kes ‘berdentum’ langgar lampu isyarat merah di Matahari Heights

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video tular kemalangan melibatkan dua buah motosikal di lampu isyarat Taman Matahari Heights di sini. - Foto IHSAN FACEBOOK

SEREMBAN – Tragedi kemalangan di lampu isyarat merah di Matahari Heights di Senawang di sini berulang kembali dengan kejadian terbaharu melibatkan pelanggaran dua buah motosikal pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan pada pukul 9.28 malam itu berlaku apabila sebuah motosikal dari arah Lavender Height menghala ke Bukit Blossom telah bergerak ketika lampu isyarat berwarna merah.

“Kemudian, datang sebuah motosikal dari arah Taman Sri Mawar melanggar bahagian sisi kiri motosikal tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohamad Hatta, kemalangan itu mengakibatkan kedua-dua penunggang motosikal luka pada bahagian badan dan tangan.

Sehubungan itu, beliau berkata, pemilik kamera papan pemuka dan individu yang mempunyai maklumat kejadian diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Syakinah Ahmad di talian 06-6033394 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI