fbpx

Kematian Cikgu Kwan Fong: Keadaan rumah semak penuh botol, tin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENDIANG LO KWAN FONG

JOHOR BAHRU – Keadaan rumah Cikgu Lo Kwan Fong yang ditemui mati seorang diri di kediamannya di Bandar Selesa Jaya, Skudai di sini dipenuhi semak dan tidak terurus.

Malah keadaan ruang rumah guru kanan sekolah rendah itu juga dikatakan tidak terurus dan dipenuhi dengan botol dan tin minuman.

Keadaan itu menguatkan lagi dakwaan bahawa wanita yang tinggal sebatang kara tersebut mengalami masalah kesihatan mental dan kemurungan.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan ketika ditanya mengenai perkembangan kes kematian mendiang Kwan Fong, 39, pada malam Khamis lalu.

“Setakat ini, jasad cikgu itu yang dipercayai mati kira-kira sebulan lalu masih berada di Hospital Sultanang Aminah (HSA). Belum ada waris terdekat yang menuntutnya.

“Ada pihak sekolah yang tampil untuk menuntut mayat mendiang namun kita tidak benarkan, kena kesan waris terdekat dahulu.

“Kita sedang mendapatkan bantuan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengesan waris si mati,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Tambah Kumarasan, setakat ini usaha mengesan waris terdekat mangsa menemui jalan buntu.

Pada Isnin lalu, Kosmo! melaporkan seorang guru wanita dijumpai mati di dalam rumahnya selepas jiran terhidu bau busuk sebelum membuat laporan di Balai Polis Nusa Bestari pada pukul 8 malam, Khamis lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI