fbpx

Ibu tunggal rugi RM52,000, kenalan MiChat ajak bisnes homeopati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BESUT – Seorang ibu tunggal kerugian RM52,000 apabila mendakwa diperdaya kenalan lelaki yang mengajaknya terlibat dalam perniagaan berkaitan ubat homeopati yang sebenarnya tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, wanita berusia 43 tahun tersebut mendakwa berkenalan dengan suspek menerusi aplikasi MiChat pada bulan Mac tahun lalu.

“Wanita itu yang tertarik telah menyerahkan modal perniagaan awal berjumlah keseluruhan RM45,000 kononnya sebagai pembelian mesin penghasilan produk pada 31 Mac dan 4 April 2024,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azamuddin berkata, ibu tunggal tersebut sekali lagi menyerahkan wang tunai RM7,000 kepada suspek kononnya untuk membeli barangan dan kos promosi pada 13 Jun 2024.

Beliau berkata, bagaimanapun suspek pada 26 Ogos tahun lalu mula mendakwa perniagaan ubat homeopati mereka menghadapi masalah dengan pelbagai alasan.

“Mangsa yang sudah hilang sabar telah membuat laporan polis kelmarin yang membawa kepada penahanan suspek berusia 40 tahun di Machang, Kelantan bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI