fbpx

EPL: Tiga kelab buru khidmat Heung-min

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEUNG-MIN

LONDON – Ketua pasukan Tottenham Hotspur, Son Heung-min akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan pasukan itu untuk rundingan mengenai masa depannya bersama kelab itu.

Masa depan Heung-min bersama Spurs menjadi tanda tanya biarpun kelab itu membuat pilihan untuk melanjutkan tambahan kontrak semusim lagi, tetapi ia tidak menolak kemungkinan penghijrahannya.

Bagaimanapun, perkembangan terbaharu menyaksikan khidmat Heung-min masih menarik minat beberapa pasukan di Arab Saudi ketika beberapa percubaan mendapatkannya sejak 2023 dan musim lalu.

Al Ahli, Al Nassr dan Al Qadsiah menjadi tiga pasukan yang menyatakan minat untuk membawa masuk Heung-min pada jendela perpindahan kali ini selepas pemain itu dinilai pada harga sekitar £34 juta (RM194.91 juta).

Al Ahli cuba mendapatkan khidmat pemain berprofil tinggi terutama di posisi saya kiri selepas berjaya mendapatkan Galeno dari Porto pada Januari lalu dan ia dilihat penting untuk memastikan mereka mampu mengekalkan kejuaraan Liga Juara-Juara Asia yang dimenangi.

Selain kelab dari negara Timur Tengah itu, kelibat Heung-min juga menjadi buruan beberapa kelab dari Liga Major Bola Sepak (MLS) Amerika Syarikat dan Turkiye selain kelab lamanya, Bayer Leverkusen juga menyatakan minat.

Heung-min juga akan mengadakan perbincangan bersama pengurus baharu Spurs, Thomas Frank untuk mendapat penjelasan mengenai perancangan dan sejauh mana pengendali itu memerlukan khidmatnya musim depan sebelum membuat sebarang keputusan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI