fbpx

Abdul Hadi dijangka keluar IJN dalam waktu terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Dr. Dzulkefly di media sosial ketika menziarahi Abdul Hadi di IJN, hari ini.

PETALING JAYA – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dijangka dibenarkan pulang dalam waktu terdekat selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, beliau dimaklumkan proses rawatan lancar walaupun Abdul Hadi menjalani prosedur yang kompleks.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan di media sosial selepas menziarahi Abdul Hadi di IJN, hari ini.

“Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menziarah Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kini sedang menerima rawatan di IJN.

“Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada seluruh Pasukan Kardiologi dan Surgeri Kardiovaskular dan Torasik IJN. Mari kita sama-sama mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan sepenuhnya,” katanya.

Terdahulu Kosmo melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Abdul Hadi supaya diberikan kesihatan yang berterusan.

Ucapan ringkas itu dibuat susulan laporan media mengenai Abdul Hadi yang selesai menjalani rawatan di IJN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI