fbpx

Wang simpanan lebih RM330,000 melayang angkara ‘phone scam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Seorang jurutera wanita kerugian sebanyak RM336,760 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan telefon atau phone scam yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, mangsa berusia 35 tahun menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali ketika berada di tempat kerjanya di Bayan Lepas di sini, pada 25 Mac lalu.

“Suspek lelaki yang menghubungi mangsa memperkenalkan diri sebagai wakil SKMM dan mendakwa nombor telefon milik wanita itu telah digunakan dalam 33 laporan polis berkaitan pelbagai jenayah.

“Panggilan tersebut kemudiannya disambungkan kononnya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di mana mangsa berhubung dengan individu yang menyamar sebagai pegawai polis,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Hamzah, individu terbabit mendakwa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan diarahkan menyerahkan semua wang miliknya untuk tujuan siasatan.

“Mangsa diberi jaminan bahawa wang tersebut akan dipulangkan setelah siasatan selesai. Suspek turut mengugut akan mengeluarkan waran tangkap sekiranya arahan tidak dipatuhi,” katanya

Hamzah berkata, mangsa yang ketakutan dengan ugutan berkenaan mula memindahkan wang secara dalam talian dan deposit tunai ke dalam 14 akaun bank berbeza dari 25 Mac hingga 9 Jun 2025.

“Setelah semua simpanannya habis dan suspek masih menuntut bayaran tambahan, barulah mangsa menyedari dirinya telah ditipu lalu tampil membuat laporan polis,” ujarnya kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI