fbpx

Tangani segera isu kondo, pangsapuri tidak terjual – CAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meluahkan kebimbangan berhubung isu hartanah yang tidak terjual serta usaha berterusan bagi pembinaan bangunan kediaman dan komersial di negara ini.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, masalah tersebut menjadi semakin meruncing sehinggakan pasaran hartanah kediaman Malaysia kekal di bawah tekanan yang ketara daripada hartanah tidak terjual.

“Sehingga tahun 2024, sebanyak 22,642 unit yang telah siap dibina dan belum terjual di seluruh negara bernilai hampir RM14.24 bilion.

“Majoriti daripada unit yang tidak terjual, hampir 60 peratus terdiri daripada kediaman jenis kondominium dan pangsapuri, sementara rumah teres menyumbang kira-kira 24.4 peratus,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, menjelang suku ketiga 2024, Pulau Pinang merekodkan sebanyak 13,474 unit tidak terjual manakala hampir 70 peratus berharga antara RM300,000 dan RM500,000.

“Ini menunjukkan bahawa segmen rumah kos sederhana terutamanya adalah terlebih bekalan. Oleh itu, Pulau Pinang sepatutnya menghentikan tebus guna tanah bagi tujuan membina lebih banyak hartanah.

“Sebaliknya, memberikan tumpuan bagi menangani masalah hartanah yang telah siap yang kekal tidak terjual bagi sembilan bulan selepas tarikh pelancarannya,” ujarnya

Jelasnya lagi, hartanah tidak terjual dalam sektor rumah pangsa kos rendah dan kos sederhana rendah didorong oleh beberapa faktor yang saling berkaitan.

“Rumah mampu milik dalam lingkungan RM300,000 hingga RM500,000 adalah di luar jangkauan ramai kerana kos sara hidup yang tinggi, gaji yang tidak stabil dan keperluan pinjaman yang ketat.

“Jurang ini lebih teruk bagi kumpulan pendapatan B40, yang mana RM100,000 hingga RM200,000 unit mungkin sudah membebankan kewangan,” katanya.

Beritahu beliau lagi, kadar penolakan pinjaman menjadi punca utama rumah pangsa kos rendah tidak terjual sehingga menyebabkan ramai golongan B40 termasuk pekerja gig, ibu bapa tunggal dan graduan baharu bergelut untuk memenuhi keperluan bank.

Justeru tambahnya, CAP menggesa kerajaan menangani masalah yang berterusan tersebut melalui pembaharuan sistemik yang mengutamakan berdaya huni, keterangkuman, akses kewangan dan kerjasama merentas sektor yang lebih berkesan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI