fbpx

Selepas kekasih, tunang pula meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta dinaiki mangsa dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 147 Jalan Kuantan-Seremban di Rompin hari ini.

ROMPIN – Selepas kekasih maut, seorang wanita yang juga tunangnya pula meninggal dunia setelah 10 jam dirawat akibat cedera parah setelah kereta dinaiki dirempuh sebuah lori di Kilometer 147 Jalan Kuantan-Seremban di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.25 tengah hari itu, pemandu kereta jenis Proton Wira, Muhamad Nasri Sulaiman, 32, maut di lokasi kejadian, manakala tunangnya, Norafikaharanap Syarafudin, 33, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Muadzam Shah pada pukul 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 12.25 tengah hari itu, lori berkenaan dalam perjalanan dari arah Bahau, Negeri Sembilan menghala ke Muadzam Shah di sini.

“Setiba di lokasi, semasa lori sedang bergerak lurus, tiba-tiba sebuah kereta keluar dari simpang empat Melati dan akibat jarak yang dekat, lori tidak sempat mengelak lalu terlanggar kereta.

“Akibat kemalangan itu, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI