fbpx
Trump menerima jersi daripada Ronaldo. - X/@TeamCRonaldo/@733GF

Ronaldo hantar mesej keamanan kepada Trump melalui jersi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo menghadiahkan sehelai jersi kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengandungi mesej mengenai keamanan, lapor laman berita Mint.

Jersi itu diserahkan kepada Presiden Majlis Eropah,Antonio Costa yang mempunyai tandatangan Ronaldo beserta mesej berbunyi: “Kepada Presiden Donald J. Trump – bermainlah untuk keamanan.”

Pasukan Trump berkongsikan video itu di laman Instagram dengan keterangan: “Presiden Donald Trump menerima jersi yang ditandatangani oleh Cristiano (Ronaldo).”

“Oh, saya sukakannya. Bermain untuk keamanan,” kata Trump dalam video yang menunjukkan beliau menerima hadiah tersebut.

Hadiah itu dilihat sebagai peringatan mesra pemain kelab Al-Nassr tersebut kepada Trump agar bersikap adil dan memperjuangkan keamanan dunia.

“Ronaldo mewakili suara seluruh dunia,” kata seorang netizen.

“Hanya Trump yang boleh mendengar dan membina hubungan dengan semua pemimpin dunia,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI