fbpx

Rasuah permohonan tanah, penjawat awam antara ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam dan pesara sebuah jabatan kerajaan di Sabah yang disyaki terlibat rasuah berkaitan permohonan tanah, hari ini.

Menurut sumber, dua individu itu disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM66,000.

Menurutnya, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 hingga 60-an itu ditahan kira-kira antara pukul 10 hingga 11 pagi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

“Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan sekitar tahun 2016 walaupun kedua-duanya tiada kelayakan untuk memproses permohonan dan juga tidak memiliki lot tanah untuk tujuan bancian.

“Siasatan awal juga mendapati kedua-dua suspek dipercayai menerima suapan berjumlah kira-kira RM54,000 dan RM12,000 setiap seorang bagi tujuan memproses permohonan tanah dan melakukan bancian lot tanah di bawah skim tanah milik kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI