fbpx

Profesor perubatan UiTM didenda RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hapizah ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Padah menimpa seorang pensyarah perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas enam pertuduhan bersubahat membuat tuntutan palsu, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Prof. Datin Dr. Hapizah Md. Nawawi, 65, menukar pengakuan kepada bersalah bagi kesemua pertuduhan pilihan berkenaan.

Sekiranya gagal membayar, boleh dikenakan penjara selama 21 bulan. Tertuduh membayarnya.

Hukuman itu diberikan selepas baki 12 lagi pertuduhan pilihan diambil pertimbangan (TIC) di bawah Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.

Bagi keenam-enam pertuduhan itu, Hapizah didakwa telah bersubahat dengan seorang wanita berusia 29 tahun menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu tuntutan bayaran gaji pembantu penyelidikan.

Ini adalah bagi kerja-kerja penyelidikan bertajuk Mechanism of DroneAssisted Technology on Efficiency of Mass Disaster Victim Identification (DVI) bagi gaji April hingga September 2021 berjumlah keseluruhan RM14,000 kepada UiTM.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di Institut Patologi, Perubatan Makmal dan Forensik, UiTM Kampus Sungai Buloh bermula 13 April hingga 11 Oktober 2021.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 471 kanun sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muaz Ahmad Khairuddin manakala tertuduh diwakili Peguam Shamsul Sulaiman.

Kosmo! pada 31 Julai tahun lalu melaporkan Hapizah mengaku tidak bersalah atas 18 pertuduhan bersubahat berkenaan untuk memperdaya empat pegawai Bendahari UiTM dengan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 28(1)(c) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI