fbpx
SEORANG anggota penyelamat haiwan menangkap ular tedung di ladang getah. - Foto Khaosod

Penoreh getah terkejut lihat ‘king cobra’ telan ular tikus 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seekor ular tedung bersaiz besar ditemukan sedang menelan seekor ular tikus di sebuah ladang getah di wilayah Songkhla, lapor portal berita Thaiger semalam.

Kejadian berlaku berhampiran rumah penduduk di sebuah kampung dalam daerah Nathawi. 

Pekerja-pekerja ladang getah yang terlalu takut untuk meneruskan kerja dengan segera menghubungi pasukan kajian ular bagi menangkap reptilia tersebut.

Walaupun ular tedung itu bertindak agresif untuk mempertahankan diri, anggota kedua-dua pasukan tersebut akhirnya berjaya menangkapnya.

Ular tedung bersaiz 4 meter panjang itu dimasukkan ke dalam guni dan dilepaskan semula ke kawasan habitatnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI