SEREMBAN – Segala kesakitan yang ditanggung penyanyi Sheqal atau nama sebenarnya Shaharim Salehuddin, 60, berakhir apabila dia menghembuskan nafas terakhir dengan tenang dan diangap kematian husnul khatimah.
Sheqal meninggal dunia di samping isteri dan anak-anaknya di wad Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban pada pukul 12.31 tengah hari tadi.
Isterinya, Normah Mohd. Yusoff, 58, berkata, dia ikhlas dan redha dengan pemergian Sheqal yang dianggap suatu ketentuan dari Allah dan pemergiannya dianggap sebagai husnul khatimah.
“Dah sampai waktu dia, akak redha dan ikhlas tiada lagi kesakitan yang ditanggung arwah yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan angin ahmar.
“Sebelum meninggal, arwah tidak menunjukkan dia nazak sebaliknya hanya semput doktor pun kata MasyaAllah Allahuakhbar dia pergi macam tiada ‘sakit’,saya juva sempat mengajar arwah mengucap” katanya ketika ditemui di Masjid Taman Tuanku Jaafar, Senawang di sini hari ini.
Jenazah arwah Sheqal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuning, Kampung Tanjung Putus, Raub Pahang kira-kira di sini pukul 7.05 malam tadi.-KOSMO! ONLINE