fbpx

Nik Nazmi kekal pendirian letak jawatan dalam Kabinet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi berkongsi pertemuan bersama Pengerusi Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) , Shareen Abdul Ghani ketika sedang mengemas pejabatnya minggu lalu.

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad kekal dengan pendiriannya untuk meletak jawatan dalam Kabinet meskipun kerajaan masih memberi ruang untuk menyambung tugas.

Nik Nazmi dalam satu hantaran berkata, keputusan yang dibuat itu adalah untuk perkara yang lebih besar.

“Mandat parti adalah penting untuk reformasi luas.

“Memang saya ada pilihan untuk kekal, tapi pilihan saya adalah untuk letak jawatan,” katanya dalam satu hantarah di Facebook di sini hari ini.

Selain itu, beliau turut mengakui meninggalkan kementerian tersebut bukan satu keputusan yang mudah.

“Saya menyatakan bukan mudah untuk meninggalkan NRES.

“Selepas dua tahun, saya anggap pasukan di NRES, jabatan dan agensi dah mencapai tahap ‘dream team’ – dengan komitmen, kebolehan dan kewibawaan yang luar biasa,” katanya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, tempoh cuti bekas bekas Naib Presiden PKR itu akan tamat dalam minggu ini.

Bagaimanapun katanya, tiada keputusan muktamad dibuat setakat ini dan kerajaan masih memberi ruang kepada Nik Nazmi untuk menyambung tugasnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI