fbpx

Kes tembak Cheras: Polis buru kumpulan individu bertopeng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang mangsa yang maut selepas ditembak sekumpulan lelaki di sebuah pusat beli-belah, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Polis sedang giat mengesan sekumpulan individu disyaki terlibat dalam kes tembakan di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar pukul 12.48 malam.

Menurutnya, suspek terdiri daripada sekumpulan lelaki bertopengkan ski ‘mask’ hitam yang menaiki kenderaan jenis Perodua Alza.

“Dalam kejadian tersebut, dua lelaki tempatan dalam lingkungan umur 40-an meninggal dunia di tempat kejadian akibat terkena tembakan.

“Setakat ini, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi hotline polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, hotline polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau mana- mana balai polis berdekatan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua lelaki maut selepas ditembak sekumpulan individu bertopeng di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, semalam.

Dalam kejadian pukul 10.26 malam itu, kedua-dua mangsa yang berasal dari Sibu, Sarawak diserang ketika ingin menaiki kenderaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI