fbpx

Kerajaan pastikan tiada pelajar cemerlang SPM tercicir ke IPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan akan memastikan semua pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini mendapat tempat di institusi pengajian tinggi (IPT) khususnya dalam negara.

BAGAN DATUK – Kerajaan akan memastikan semua pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini mendapat tempat di institusi pengajian tinggi (IPT) khususnya dalam negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, meminta kementerian berkaitan memastikan semua pelajar cemerlang SPM dapat menyambung pengajian sama ada di peringkat asasi, matrikulasi atau tahun pertama di universiti.

Katanya, kerajaan tidak mahu lagi ada isu yang timbul khususnya di media massa yang menyatakan ada pelajar cemerlang SPM tetapi tidak mendapat tempat di IPT.

Beliau juga meminta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meneliti semula permohonan ke IPTA yang gagal di kalangan calon yang cemerlang.

“Ini penting bukan hanya harapan ibu bapa tetapi harapan pelajar-pelajar untuk diberi peluang sama rata melanjutkan pelajaran di IPT.

“Kita tidak mahu lagi mendengar sungutan daripada tokoh-tokoh tertentu atau pun ibu bapa yang memberitahu di dalam media bahawa anak-anak mereka yang mempunyai keputusan cemerlang khususnya ‘straight A’, tidak mendapat tempat (di IPTA),” katanya selepas merasmikan Program Kembara
Kesedaran Pendidikan Anak Desa Madani (KeDESA) Didik Madani Tahun 2025 di Politeknik Bagan Datuk, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI