fbpx

EPL: United patut beri peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTONY (kanan) dan Onana perlu diberikan satu lagi peluang untuk membuktikan kualitinya selepas gagal melakukannya sejak tiba di Old Trafford. - AFP

MANCHESTER – Legenda Manchester United, Edwin Van Der Sar berharap pengurus pasukan itu, Ruben Amorim memberi peluang kedua kepada Antony dan Andre Onana untuk mengembalikan kepercayaan penyokong di Old Trafford musim depan.

Antony yang berusia 25 tahun pernah menjadi tumpuan selepas menyertai United dengan harga £82 juta (RM 472 juta) dari Ajax pada 2022, namun gagal menyerlah dan dianggap antara pembelian terburuk dalam sejarah kelab itu.

Bagaimanapun, pemain sayap Brazil itu kembali mempamerkan prestasi meyakinkan ketika dipinjamkan ke Real Betis dengan sembilan gol dan lima bantuan jaringan dalam semua kejohanan.

“Kalau boleh, saya mahu lihat Antony kembali ke United. Tapi, saya tak pasti sejauh mana cadangan itu realistik,” kata Van Der Sar.

Kelab Sepanyol itu masih berminat menyambung pinjaman, namun Juventus dan Bayer Leverkusen juga dilapor mengintai peluang untuk mendapatkan Antony secara tetap.

Dalam masa sama, Van Der Sar turut mempertahankan Onana yang dikritik kerana beberapa kesilapan yang merugikan pasaukan, namun yakin penjaga gol itu masih berpotensi menjadi pilihan utama Amorim.

“Saya kenal dia sejak empat atau lima tahun lalu di Ajax. Dia pantas buat keputusan dan bagus dengan kaki. Saya yakin dia akan kembali kuat musim depan,” ujarnya.

Bekas penjaga gol Belanda itu juga percaya United harus memperkukuh posisi lain terlebih dahulu berbanding mencari pengganti Onana.

“Kalau dia buat kesilapan, ya, kita boleh kritik. Tapi secara keseluruhan, dia ada kualiti untuk kekal di United musim depan,” tegas Van der Sar.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI