fbpx

Empat reruai Israel ditutup di pameran antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis peronda berdiri di hadapan reruai Kementerian Pertahanan Israel di Pertunjukan Udara Paris. - EPA

PARIS – Perancis menutup empat reruai (booth) utama delegasi Israel yang mengambil bahagian dalam Pertunjukan Udara Paris untuk mempamerkan senjata digunakan dalam serangan di Gaza, lapor portal berita Arab News semalam. 

Arahan itu dikeluarkan selepas keempat-empat syarikat tersebut gagal mematuhi arahan agensi keselamatan Perancis untuk tidak mempamerkan senjata ofensif atau kinetik. 

Syarikat-syarikat yang terlibat adalah Israel Aerospace Industries (IAI), Rafael, Elbit Systems dan Uvision.

Bagaimanapun, tiga reruai lain yang tidak mempamerkan senjata serta pameran Kementerian Pertahanan Israel kekal dibuka. 

Kementerian Pertahanan Israel berkata, ia menolak arahan untuk mengeluarkan beberapa senjata daripada pameran.

Penganjur pameran kemudian bertindak balas dengan mendirikan tembok hitam yang memisahkan Israel dengan reruai lain pada waktu malam selepas syarikat-syarikat itu selesai mendirikan reruai mereka. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI