fbpx

Dua pemilik syarikat ditahan kes tuntutan palsu RM2.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KANGAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan dua pemilik syarikat kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu bagi kerja-kerja penyelenggaraan, penambahbaikan dan membaik pulih fasiliti sekolah di negeri ini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40-an hingga 50-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perlis kira-kira pukul 4 petang tadi

“Mereka dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2022 apabila mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu bagi kerja-kerja penyelenggaraan, penambahbaikan dan membaik pulih fasiliti sekolah yang melibatkan peruntukan RM2.5 juta.

“Ia melibatkan lima buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di negeri ini melalui peruntukan Kementerian Pendidikan (KPM) sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Kedua-dua suspek pernah ditangkap oleh SPRM Selangor pada 2023 dan telah dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan projek yang sama di Selangor.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dengan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua suspek telah dilepaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI