fbpx

Cuaca buruk di 9 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di sembilan negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka berlaku di negeri Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Cuaca buruk di Terengganu dijangka berlaku di kawasan Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Manakala, di Pahang pula di Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Di Selangor pula, cuaca dijangka buruk di Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Selain itu, di negeri Sarawak juga angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya.

Sementara itu, di Sabah juga terdapat beberapa tempat yang dijangka terjejas adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI