fbpx

Buruh maut, motosikal rempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal dinaiki Mohamad yang terlibat dalam kemalangan maut di Kampung Oh, Besut semalam.

BESUT – Seorang buruh maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di Kampung Oh, di sini semalam.

Dalam, kemalangan pada pukul 3.35 petang itu, mangsa, Mohamad Ab. Latif, 46, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, sewaktu kejadian, Mohamad dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kuala Kubang dari Kampung Bukit Cina di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Sebuah lori gagal mengelak lalu merempuh motosikal tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azamuddin berkata, rempuhan itu menyebabkan Mohamad tercampak ke atas jalan.

Beliau berkata, mayat buruh tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut di sini untuk tindakan lanjut.

“Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI