KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Bekas Presiden MIC, mendiang Datuk Seri G. Palanivel atas pemergian hari ini.
Beliau berkata, mendiang banyak berjasa kepada negara sebagai Presiden MIC, Ahli Parlimen, serta melalui pelbagai jawatan dalam kerajaan sejak 1990.
“Sumbangan beliau dalam memperjuangkan masyarakat India, pembangunan luar bandar dan pemuliharaan alam sekitar amat dihargai.
“Semoga keluarga mendiang tabah menghadapi kehilangan ini,” katanya.
Terdahulu, Palanivel yang juga bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel, 76, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 8 pagi tadi.- KOSMO! ONLINE