fbpx

5 suspek disyaki terlibat, dua das tembakan terkena kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta mengalami kerosakan susulan tembakan yang dilepaskan suspek dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras.

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya lima individu dipercayai terlibat dalam kes tembak di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, di sini.

Dalam kejadian itu, dua individu dipercayai maut akibat ditembak dari jarak dekat di hadapan pusat beli-belah berkenaan.

Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati sebuah kenderaan yang berada di kawasan tersebut turut mengalami kerosakan pada cermin hadapan dan bonet ekoran daripada tembakan yang dilepaskan suspek.

Menurut seorang saksi yang enggan dikenali, kejadian dipercayai berlaku antara pukul 11 hingga 12 tengah malam.

“Saya nampak lima individu keluar daripada sebuah kereta dan kesemuanya pegang senjata (pistol),” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Terdahulu, tular beberapa video dan rakaman kameran papan pemuka (dashcam) di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki bertopeng melepaskan tembakan ke arah mangsa di hadapan pusat beli-belah itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kenyataan media berhubung kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI