fbpx

Zafuan umum bersara, fokus Kafe Tenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAFUAN mengambil keputusan untuk menamatkan karier sebagai pemain profesional dengan tumpuan kini diberikan kepada aspek perniagaan. - IG ZAFUANAZEMAN

KEPUTUSAN berat terpaksa diambil Muhammad Zafuan Azeman apabila mengumumkan saingan 2024/25 sebagai musim terakhirnya sebagai pemain bola sepak profesional.

Pengumuman yang dibuat tepat pada tanggal hari kelahirannya ke-26 pada 10 Jun lalu itu menandakan permulaan fasa baharu dalam kehidupannya selepas ini.

Menurut pemain berasal dari Kangar, Perlis itu, keputusan untuk bersara bukan kerana sudah hilang minat terhadap bola sepak, tetapi sudah tiba masanya memberikan sepenuh hati kepada sesuatu yang baharu iaitu mengusahakan perniagaan kopi, Kafe Tenang di Kangar.

“Daripada seorang budak yang cintakan bola, kepada lelaki yang telah memberikan segalanya. Ini bukan keputusan yang mudah. Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk saya fikirkan, penuh dengan dilema dan air mata.

“Bukan sebab saya tidak lagi cintakan bola, tetapi saya mahu fokus sepenuhnya kepada impian baharu saya perniagaan @kafetenang.

“Tiada penyesalan, hanya bersyukur, kenangan dan mengharapkan yang terbaik akan datang. Berita baik atau buruk, kita tidak pernah tahu,”  katanya dipetik daripada Instagram miliknya.

Sebagai rekod, Zafuan kerap bertukar pasukan dan lebih cenderung memilih kelab di Thailand berbanding Malaysia sepanjang karier profesionalnya.

Sepanjang kariernya, Zafuan pernah mewakili Kedah, Perlis, Angthong (Thailand), Penang FC, Kelantan United, Perlis United sebelum kembali menyertai kelab lamanya, Uthai Thani FC.

“Hari ini, pada hari lahir saya, saya melangkah ke bab seterusnya dengan semangat yang sama, cuma gelanggangnya berbeza. Tiada penyesalan,” katanya yang pernah mewakili skuad bawah 19 kebangsaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN