PETALING JAYA – Seekor kucing peliharaan bertindak di luar jangkaan apabila tiba-tiba mengamuk dan menyerang tuan sendiri, sehingga memaksa Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dipanggil bagi mengawal keadaan.
Tular di aplikasi TikTok milik @Pijaieicha, memperlihatkan seekor kucing berbulu jingga bertindak agresif dan sukar dikawal walaupun oleh pemiliknya sendiri.
Anggota APM yang tiba di lokasi bertindak pantas menenangkan dan menangkap kucing terbabit menggunakan peralatan khas bagi mengelakkan kecederaan lanjut kepada mangsa dan haiwan itu sendiri.
“Tiba-tiba ‘oyen’ naik angin katanya,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi komen netizen, ramai yang mengalami detik cemas semasa mengendalikan kucing agresif dan terhibur dengan gelagat oyen tersebut.
“Saya pernah kena sampai berdarah sampai kena ambil suntikan. Tetap sayang. Kadangkala kucing cuma tekanan, beri masa bertenang, nanti okey,” komen @Azieanna3.
“Amboi ‘oyen’, ‘bad mood’ eh,” ujar @Ayu.candy.
“’Oyen’ period kot hormon tak stabil,” @Z_ridz89. – KOSMO! ONLINE
@pijaieicha Tiba tiba oyen naik angin katanya #pijaieicha #apmutb💪🚑 #apm ♬ original sound – Imiey_Ridzuan