fbpx
Tangkap layar menunjukkan sekumpulan memerang di sebuah parit berdekatan stesen MRT Bandaraya.

[VIDEO] Memerang muncul di bandar petanda air bersih?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Memerang merupakan binatang yang hidup berkumpulan dan hanya berenang di kawasan perairan yang bersih serta jarang kelihatan di sekitar bandar.

Menerusi satu hantaran di platform TikTok milik @Aurora82, sekumpulan memerang kelihatan sedang berenang di sebuah parit berhampiran stesen LRT Bandaraya.

Meninjau ke ruangan komen, netizen telah memberi pelbagai reaksi terhadap hantaran tersebut.

“Petanda kualiti air itu bersih, wujudnya memerang,” ujar @AbamOyen.

“Yela tu bersih entah-entah diorang (mereka) dah takde polihan dan perlu beradaptasi” komen @Dididudu.

“Korang (kamu semua) tak payah petanda sangat la. Aku yang letak diorang (memerang) dekat situ, nanti aku datang balik amik. Letak kejap pun tak boleh,” seloroh @Shazlie Iqbal. – KOSMO! ONLINE

@eytanaz82Bukan main santai ko kan…

♬ original sound – Kardashian clips 🎬

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN