fbpx

[VIDEO] Lebanon menari berpesta ‘bunga api’ tiap malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sekumpulan rakyat Lebanon berpesta bagi meraikan tindakan Iran melancarkan dron perang ke arah Israel.

PETALING JAYA – Sekumpulan rakyat Lebanon mengadakan pesta dan menari sebagai tanda sokongan ketika Iran melancarkan kira-kira 100 dron perang ke arah Israel, Jumaat lalu.

Menerusi video tular di TikTok, kumpulan tersebut dilihat menari riang sambil menyaksikan serangan udara ke atas negara haram itu dari kejauhan.

Difahamkan, tindakan berani itu sebagai simbol protes dan solidariti terhadap usaha Iran yang bertindak balas selepas Israel dilaporkan melancarkan serangan menggunakan kira-kira 200 jet pejuang ke atas 100 sasaran di seluruh wilayah Iran.

Rata-rata orang ramai di ruangan komen memuji semangat rakyat Lebanon yang meraikan detik tersebut dan menyatakan kekaguman terhadap tindak balas Iran.

“Malam yang patut diraikan dan diingati seperti Iran mencipta sejarah,” kata Fawwad.

“Semoga sambutan ini juga dapat mengubah tangisan Palestin menjadi senyuman yang paling bahagia,” komen Mutia01.

“Terima kasih kerana menyokong perjuangan dan keseronokan ini bersama kami,” balas Maryam Merkul.

Terdahulu, Tel Aviv menyatakan bahawa Iran melancarkan kira-kira 100 dron perang ke arah Israel hari ini dan sedang berusaha untuk menembak jatuh dron-dron tersebut, susulan gelombang serangan udara Israel di seluruh republik Islam itu. – KOSMO! ONLINE

@omar_al_animat #الاردن #الشعب_الصيني_ماله_حل😂😂 #عمان #النعيمات #اكسبلور #fyp ♬ الصوت الأصلي – ,ِعمرالنعيمات🇯🇴

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI