fbpx

Trump larang Israel bunuh Ayatollah Ali Khamenei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayatollah Ali Khamenei. - AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menolak rancangan Israel untuk membunuh Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, demikian menurut tiga pegawai Washington seperti laporan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Trump dilaporkan memberitahu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa membunuh Khamenei ‘bukan idea yang baik’.

Beliau tidak mengulas secara terbuka mengenai laporan tersebut, bagaimanapun perbualan mereka dikatakan berlaku selepas Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada Jumaat minggu lalu.

Semasa wawancara dengan saluran berita Fox News, Netanyahu tidak secara langsung mengesahkan atau menafikan laporan agensi berita Reuters bahawa Trump menggunakan kuasa veto menolak rancangan untuk membunuh Khamenei.

“Terdapat begitu banyak laporan palsu tentang perbualan yang tidak pernah berlaku dan saya tidak akan membincangkannya,” kata Netanyahu.

Seorang pegawai Israel memberitahu saluran berita CBS News bahawa pada dasarnya, Israel tidak membunuh pemimpin politik, sebaliknya memberi tumpuan kepada program nuklear dan ketenteraan. 

“Saya tidak fikir sesiapa yang membuat keputusan mengenai program nuklear Iran harus hidup bebas dan mudah,” katanya.

Sementara itu, dalam catatan terbaharunya di platform Truth Social mengenai konflik di Asia Barat, Trump berkata, Iran dan Israel harus memeterai perjanjian sambil menambah, beliau akan meminta kedua-duanya menghentikan permusuhan sama seperti yang dilakukan ke atas India dan Pakistan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI