fbpx
Tangkap layar menunjukkan tanda harga yang dipaparkan peniaga burger tersebut.

‘Tak nak sayur perlu tambah RM1’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang peniaga meletakkan tanda harga dengan mengenakan caj tambahan RM1 bagi pelanggan yang tidak mahu sayur pada burger jualannya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi satu perkongsian di TikTok milik @Sen, kelihatan papan tanda di gerai burger berkenaan jelas memaparkan harga tersebut.

“Tak nak sayur tambah RM1,” jelasnya pada tanda harga.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan rasa pelik sekali gus menimbulkan persoalan.

“Ingat lagi murah, rupanya lagi mahal,” kata Kaira.

“Sebab kalau tak nak sayur, dorang kena buat baru dan letak daging tu lebih,” ujar Sya.

“Aku tahu abang ni mesti tak suka kalau orang cakap tak nak sayur, sebab tu tambah RM1 nak elak orang yang tak makan sayur,” seloroh pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN