fbpx

Saya hargai komitmen KPN bantu tangani jenayah siber – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (kiri) ketika menerima kunjungan Razarudin di pejabatnya hari ini.

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menghargai usaha Tan Sri Razarudin Husain dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membantu kementerian terutama berkaitan jenayah siber, penyebaran berita palsu dan keperluan memperkukuh keselamatan dalam ruang digital negara.

Fahmi berkata, usaha berterusan itu amat penting bagi memastikan persekitaran dalam talian kekal selamat, beretika dan bebas ancaman yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Saya berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Negara (KPN) hari ini.

“Pertemuan ini membuka ruang perbincangan yang konstruktif mengenai isu keselamatan semasa khususnya jenayah siber, penyebaran berita palsu serta keperluan memperkukuh keselamatan dalam ruang digital negara.

“Saya amat menghargai keterbukaan, komitmen serta semangat kerjasama yang ditunjukkan Tan Sri (Razarudin) dan seluruh warga PDRM dalam memperkukuh sinergi bersama Kementerian Komunikasi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Fahmi turut mendoakan agar Razarudin diberikan kesihatan yang baik dan segala urusan beliau dilindungi.

Semalam, Razarudin mengesahkan akan menamatkan kontrak sebagai KPN pada 22 Jun ini selepas dua tahun memegang tampuk kepimpinan tertinggi itu secara kontrak.

Hasrat itu didorong dengan permintaan ibunya, Rahmah Abdul Rahman, 86, yang menasihatinya supaya tidak menyambung kontrak bagi memberi laluan kepada individu baharu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI