fbpx
GIROUD (kiri) mahu memberikan fokus terbaiknya buat Los Angeles walaupun berdepan bekas kelabnya awal pagi esok. - AFP

Piala Dunia Kelab: Giroud mahu hantui bekas kelab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ATLANTA – Olivier Giroud bakal menjadi pemain tumpuan apabila mengetuai Los Angeles FC menghadapi bekas kelabnya, Chelsea pada aksi pertama Piala Dunia Kelab 2025 di Stadium Mercedes-Benz awal pagi esok.

Pertemuan itu tidak hanya menjadi titik penting buatnya membuktikan kualiti dirinya ketika menentang bekas majikan, Giroud juga menganggap ia peluang terbaik untuk menyerlahkan kemampuan sebenar kelab dari Liga Bola Sepak Major Amerika Syarikat (MLS).

“Kami berbesar hati untuk mewakili kelab ini, namun kami juga akan mewakili pasukan daripada saingan MLS. Saya fikir Seattle (Sounders) dan Inter Miami juga sedar akan tanggungjawab ini.

“Saya fikir liga ini sentiasa dipandang rendah kerana ia tidak mempunyai pendedahan lebih meluas di peringkat global. Saya harap kami mampu menjelmakan aksi terbaik dan menunjukkan tahap yang kami ada,” katanya.

Walaupun hadir sebagai pasukan terakhir selepas atasi perlawanan penentuan menentang Club America, impian besar Los Angeles tidak pernah padam untuk mencipta sensasi awal.

Lebih selesa dengan status pasukan bukan pilihan, Giroud berharap tiga mata ke atas Chelsea pastinya mencerahkan lagi peluang Los Angeles untuk mengintai peluang melepasi peringkat kumpulan.

“Kami boleh terima status kami sebagai pasukan bukan pilihan dan saya harap pemain mampu serlahkan kemampuan sebenar setiap kali melangkah keluar,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI