fbpx

Nyawa melayang dirempuh kereta buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal mangsa yang selepas dirempuh kereta ketika sedang melalui laluan di Lebuh AMJ, Sungai Petai, Alor Gajah pagi tadi.

ALOR GAJAH – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta yang membuat pusingan U secara mengejut di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Sungai Petai, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi itu, mangsa, Mohd. Riza Abu Zarin, 45, yang menunggang motosikal jenis Honda RS150R meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Azrul Mohamed berkata, kemalangan berlaku ketika sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun dari arah Bandar Alor Gajah menuju ke Pekan Rembia dan secara tiba-tiba membuat pusingan U.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami pendarahan teruk di kepala dan maut di tempat kejadian Pemandu kereta yang juga seorang tukang seramik mengalami pendarahan di muka serta dada dan kini sedang dirawat di Unit Kecemasan Hospital Alor Gajah,” katanya kepada pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI