fbpx

Nahas UPSI: Percakapan guru buat hantaran jelik selesai dirakam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN bas membawa pelajar UPSI yang terlibat kemalangan di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat dekat Tasik Banding, Gerik baru-baru ini

LUMUT – Percakapan seorang guru yang didakwa memuat naik hantaran jelik di Facebook berkenaan insiden kemalangan maut 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik pada 9 Jun lalu selesai dirakam polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, kertas siasatan berhubung perkara tersebut akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Individu tersebut hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada pukul 10 pagi tadi dan percakapannya selesai dirakam sepenuhnya kira-kira pukul 1 tengah hari,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Semalam, Hasbullah dalam kenyataan memaklumkan polis telah membuka dua kertas siasatan berhubung tindakan guru terbabit yang disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Siasatan dibuat berdasarkan satu laporan yang diterima polis pada 11 Jun lalu pukul 4.40 petang mengenai hantaran daripada akaun Facebook seorang pengguna yang memuat naik hantaran jelik dan  menyinggung perasaan keluarga mangsa. – KOSMO! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI