fbpx

MotoGP: Quartararo tunggu isyarat uji V4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO kurang menyerlah menggunakan jentera lama apabila hanya meraih satu podium daripada lapan perlumbaan musim ini. - AFP

ARAGON – Yamaha mengambil pendekatan penuh berhati-hati dalam pembangunan enjin baharu V4 mereka dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) apabila masih belum membenarkan pelumba utama mereka, Fabio Quartararo mengujinya di atas litar.

Ketika pengeluar lain mula menunjukkan peningkatan, Yamaha dilihat tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dengan terburu-buru memperkenalkan perubahan drastik sebelum diuji secara menyeluruh.

Pengarah Yamaha, Massimo Meregalli menjelaskan bahawa pasukan kini memberi tumpuan kepada pembangunan serentak enjin V4 dan sedia ada.

“Kami belum berada di tahap untuk menilai prestasi sepenuhnya. Apa yang penting sekarang adalah mengumpul maklumat dan memastikan tiada kelemahan besar sebelum membawa ia ke tahap seterusnya,” katanya.

Setakat ini, pelumba ujian seperti Andrea Dovizioso dan Augusto Fernandez diberi tanggungjawab awal untuk menjalani sesi ujian bagi mengesan potensi jentera V4 tersebut.

Quartararo pula terus menggunakan jentera biasa sambil menunggu masa yang sesuai untuk mencuba mesin baharu itu.

Meregalli turut menegaskan jika ujian awal menunjukkan tiada kesan negatif, pasukan akan meneruskan proses pengubahsuaian secara berperingkat.

“Kalau kami tidak rasa ada yang negatif, itu petanda kami berada di landasan betul. Ini soal perincian dan keserasian dengan pelumba,” tambahnya.

Yamaha dijangka terus melakukan siri ujian tambahan sebelum membuat keputusan muktamad sama ada enjin V4 itu layak digunakan dalam perlumbaan sebenar oleh Quartararo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI