fbpx
Mayat yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Gunung Besout 2, Trolak semalam. - Foto IHSAN JBPM

Mayat wanita reput tergantung di ladang sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan tergantung pada sebatang pokok menggunakan tali pinggang di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Gunung Besout 2, Trolak di sini kira-kira pukul 5.13 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, kejadian tersebut disedari orang awam yang pergi ke ladang mencari lembu ternakan sebelum melihat mayat itu yang terletak 10 meter dari jalan utama.

“Hasil siasatan polis mendapati mayat ditemukan dalam keadaan reput, tergantung, tiada sebarang identiti pengenalan diri dan menemui baju dalam perempuan di dalam parit dan sepasang selipar berwarna biru. Di leher mangsa terdapat thali,” katanya di sini hari ini.

Katanya, mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk proses bedah siasat dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pemangku Ketua Polis Balai Trolak, Sarjan Mohamad Rizal Sahiaren di talian 017-560 3331 atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di talian 05-452 8222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI