fbpx
Sudah tiba masa perkhidmatan feri ke Langkawi dinaik taraf bagi memberi lebih keselesaan kepada orang ramai yang berkunjung ke Pulau Legenda itu. - GAMBAR HIASAN

Luahan Pembaca: Feri Langkawi perlu lebih canggih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

BERSEMPENA Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeorangkasa Langkawi (LIMA’25) baru-baru ini, saya membawa dua anak bercuti di Langkawi selama tiga hari dua malam setelah hampir 10 tahun tidak ke sana.

Secara peribadi, Langkawi masih menawarkan percutian menarik dari segi keindahan pantai dan juga keseronokan membeli-belah coklat import.

Dari segi harga terutama makanan, sudah pasti ada pelbagai kadar dikenakan dan kita sebagai pengguna perlu bijak untuk memilih sama ada nak harga bajet, berpatutan atau ‘kayangan’.

Keseronokan bercuti di Langkawi sedikit tercalar apabila berdepan pengalaman kurang selesa di dalam feri terutama ketika kapasiti penumpang penuh.

Keadaan feri yang agak lama selain pendingin hawa tidak berfungsi dengan baik menyebabkan penumpang kepanasan.

Terdapat juga beberapa penumpang keliru dengan kedudukan kerusi masing-masing apabila melihat individu lain duduk di kerusi mereka.

Masalah itu sepatutnya tidak berlaku kerana tiket yang dibeli tertera dengan nombor kerusi.

Kesudahannya, ada yang membuat keputusan berdiri di ruang belakang feri sehingga sampai ke destinasi.

Bagi saya, perkhidmatan feri Langkawi masih di takuk lama, masih sama seperti 10 tahun lalu. Pengurusan bagasi juga tidak berubah, tidak bersistem yang mana ada risiko barangan tertukar atau hilang terus.

Saya sebenarnya mahu mencuba feri baharu yang ditawarkan sebuah syarikat, namun malangnya ia tidak beroperasi pada masa itu kerana dikatakan sedang dalam proses penyelenggaraan.

Disebabkan pengalaman kurang enak itu, saya dan pelancong lain mungkin berkira-kira untuk kembali bercuti ke Langkawi selepas ini.

Sepatutnya perkhidmatan feri perlu lebih moden dengan menjadikannya sebagai sebahagian tarikan pelancongan di Langkawi.

Liya
Kulim

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN