WASHINGTON – Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) berhenti daripada menjadi bapa kepada lebih ramai kanak-kanak selepas mempunyai 176 anak hasil daripada menderma sperma, lapor akhbar Daily Star semalam.
Ari Nagel, 49, menderma sperma kepada wanita yang tidak dikenali di 20 negeri AS, 10 negara dan lima benua dalam masa 17 tahun.
Namun, pada sambutan Hari Bapa semalam, Ari akhirnya mengumumkan ‘persaraannya’ daripada aktiviti tersebut.
“Lebih baik mereka mencari seorang lelaki yang lebih muda dan sihat,” katanya.
Ari tidak mengenakan bayaran untuk bagi tujuan tersebut, tidak seperti bank sperma yang mengenakan bayaran agak tinggi.
Sebaliknya, dia merupakan seorang profesor matematik di AS.
“Warisan saya ini diteruskan bukan kerana wang atau kemasyhuran. Kami adalah sebuah keluarga,” katanya.
Tambah Ari, perkhidmatannya itu banyak menjejaskan kehidupan romantiknya.
“Ramai wanita yang pada awalnya berkata bahawa mereka tidak kisah dengan aktiviti itu. Namun realitinya, mereka tidak dapat menerimanya,” kata Ari. – AGENSI