fbpx

Lelaki maut, tunang parah kereta dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta dinaiki mangsa dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 147 Jalan Kuantan-Seremban di Rompin hari ini.

ROMPIN – Seorang lelaki maut, manakala tunangnya cedera parah selepas kereta yang mereka naiki dirempuh sebuah lori di Kilometer 147 Jalan Kuantan-Seremban di sini hari ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 12.25 tengah hari itu ialah pemandu kereta jenis Proton Wira, Muhamad Nasri Sulaiman, 32, manakala seorang lagi penumpang berusia 32 tahun cedera parah.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, semasa kejadian lori berkenaan dalam perjalanan dari arah Bahau, Negeri Sembilan menghala ke Muadzam Shah di sini.

“Apabila tiba di tempat kejadian, semasa lori sedang bergerak lurus tiba-tiba sebuah kereta keluar dari simpang empat Melati dan akibat jarak yang dekat lori tidak sempat mengelak lalu terlanggar kereta.

“Akibat kemalangan itu, pemandu lori tidak mengalami apa-apa kecederaan, manakala pemandu kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan penumpang kereta pula dalam keadaan sangat kritikal,”katanya di sini hari ini.

Katanya, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI