fbpx

Lelaki ikat, seret anjing guna motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video orang awam menahan lelaki yang menyeret seekor anjing sehingga cedera di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani pada semalam.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki bertindak kejam apabila mengikat dan menyeret anjing menggunakan motosikal dalam kejadian di Bandar Puteri Jaya, di sini semalam.

Perbuatan lelaki itu bagaimanapun disedari pengguna jalan raya lain yang kemudian menahannya sebelum haiwan tersebut dilepaskan.

Kejadian pada pukul 4.30 petang itu dirakam seorang wanita yang kemudian memuat naik ke akaun Facebooknya. Haiwan tersebut ditemukan dengan kesan kecederaan pada kaki sebelum dibawa ke klinik bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI