fbpx

Juliani tunjang semangat Tigress ke Poland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JULIANI (tengah) berharap mereka dapat mencipta kejutan ke atas lawan di ranking lebih tinggi. - MHC

PEMAIN senior skuad hoki wanita negara, Juliani Mohamad Din tampil sebagai penyuntik semangat utama dalam kalangan pemain muda Malaysian Tigress menjelang Piala Negara-Negara 2 FIH di Poland hingga 22 Jun ini.

Skuad bimbingan Nasihin Nubli Ibrahim itu diletakkan dalam Kumpulan A bersama Afrika Selatan, Uruguay dan tuan rumah, Poland dalam kejohanan penting yang menawarkan laluan ke Liga Pro FIH.

Meskipun sasaran pasukan untuk mara ke separuh akhir, Juliani menegaskan cabaran utama terletak pada pengurusan emosi dan tekanan dalam kalangan pemain muda yang majoritinua kali pertama beraksi di pentas antarabangsa.

“Saya nampak semangat mereka luar biasa. Mereka muda, segar dan bersemangat tinggi. Saya kena bantu kawal perasaan gementar dan beri kata-kata positif supaya mereka kekal fokus,” katanya.

Juliani memaklumkan pasukan telah menjalani latihan intensif, termasuk sesi terakhir sehari sebelum berangkat dengan tumpuan bukan hanya taktikal, tetapi juga kesediaan mental pemain.

“Saya ambil pendekatan satu demi satu perlawanan. Kita kena kaji kekuatan dan kelemahan setiap pasukan, sebab kita tak boleh pandang rendah mana-mana lawan walaupun mereka ranking bawah,” ujarnya.

Malaysia bakal membuka kempen menentang pasukan ranking lebih tinggi dalam kumpulan dan dijangka berdepan tentangan sengit, khususnya Afrika Selatan yang memiliki pengalaman di pentas besar.

Juliani menegaskan semangat juang dan keserasian pasukan akan menjadi faktor penentu sama ada mereka mampu melangkah lebih jauh atau tidak dalam edisi kali ini untuk mencipta kejutan di bumi Poland.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI