fbpx

EPL: Onana menjadi semakin keliru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONANA mengakui kedudukannya bersama United masih belum terjamin dan belum bersedia membuat keputusan mengenai nasibnya musim depan. - AFP

YAOUNDE – Penjaga gol Manchester United, Andre Onana membayangkan masa depan yang tidak pasti di Old Trafford dan tidak dapat mengesahkan mengenai kedudukannya bersama pasukan itu musim depan.

Pemain antarabangsa Cameroon itu mempamerkan aksi goyah untuk musim kedua berturut-turut selepas menyertai pasukan itu pada 2023 dengan melakukan kesilapan yang dianggap merugikan United.

Laporan menyebut bahawa pengendali United, Ruben Amorim bersedia untuk menggantikan khidmat bekas pemain Inter Milan itu dengan membawa masuk penjaga gol baharu ketika Onana turut dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi.

United dilapor sedang mempertimbangkan peluang untuk membawa masuk pemain Eintracht Frankfurt, Kaua Santos selain penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez juga dikatakan sangat berminat ke Old Trafford.

“Adakah saya akan meninggalkan United? Saya tidak pasti, kita akan tengok nanti,” kata Onana dalam satu temu bual di Burkina Faso sebelum ini.

Onana dibeli dari Inter dan dianggap pengganti jangka panjang David De Gea, namun sering dihantui beberapa kesilapan mudah yang dilakukan sehingga memberi kesan kepada keputusan perlawanan.

Bekas pemain United, Nemanja Matic sebelum ini pernah melabelkan Onana sebagai penjaga gol paling teruk pernah dimiliki kelab tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI