fbpx
Gambar janaan AI.

Dibelasah rakan sekolah gara-gara simpan gambar bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Sembilan pelajar sekolah menengah di daerah ini ditahan reman selama tiga hari berhubung kes memukul rakan sekolah hujung bulan lalu.

Perintah reman ke atas kesemua remaja itu dibenarkan Hakim Wan Suhaila Mohd. di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Razi Rosli berkata, sembilan pelajar berusia 15 hingga 18 tahun itu ditahan pada pukul 1.30 tengah hari semalam selepas pihaknya menerima aduan daripada mangsa berusia 14 tahun.

“Pelajar tingkatan dua itu mendakwa dia dipukul sekumpulan rakan sekolahnya pada 27 dan 28 Mei lalu.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai akibat rasa tidak puas hati salah seorang suspek terhadap mangsa yang masih menyimpan gambar remaja perempuan didakwa kekasihnya.

“Sebelum menjalin hubungan dengan suspek, gadis itu ialah bekas kekasih mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Katanya, tindakan suspek utama dan rakan-rakannya memukul mangsa secara berkumpulan menyebabkan remaja tersebut cedera di kepala dan belakang badan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI