fbpx
Mangsa-mangsa dibantu oleh kakitangan hospital yang memegang pintu lif supaya proses menyelamat berjalan dengan lancar. - Tangkap layar

Cemas lif hospital tiba-tiba berhenti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sekumpulan wanita mengalami detik cemas apabila terperangkap di dalam lif hospital ketika mereka berhimpit beramai-ramai di dalam kemudahan itu, lapor laman berita Detik.

Kejadian berlaku di Hospital Daerah Syarifah Ambami Rato Ebu (Syamrabu) Bangkalan, wilayah Jawa Timur.

Dalam satu rakaman video tular, kira-kira 20 wanita dan kanak-kanak diselamatkan dalam kejadian itu.

Mereka dibantu oleh kakitangan hospital yang memegang pintu lif supaya proses menyelamat berjalan dengan lancar.

Pemangku Ketua Perancang Hospital Wilayah Syamrabu Bangkalan, Dr. Prima Nogroho berkata, video itu dikongsikan di laman sosial bagi memupuk kesedaran kepada orang ramai agar tidak menaiki lif dalam jumlah yang melebihi kapasiti.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa lif itu terjatuh.

“Ia hanya tersekat seketika kerana mempunyai penumpang melebihi had kapasiti, namun berjaya ditangani oleh petugas,” katanya.

Tambah Prima, lif itu  hanya boleh dinaiki oleh enam orang namun ketika kejadian, ia mempunyai hingga 20 penumpang.

“Lif itu khas untuk pesakit, namun keluarga dan kakitangan hospital turut menaikinya. Ia membuatkan lif tersekat,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI