fbpx

Agong, Permaisuri kongsi kenangan Kembara Mahkota Johor 2006

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dikongsi baginda di Facebook rasmi keluarga Diraja hari ini.

PETALING JAYA – Sempena pengumuman jelajah sekitar Wilayah Persekutuan menerusi Kembara Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berkongsi beberapa gambar kenangan Kembara Mahkota Johor 2006 daripada album peribadi baginda.

Dalam hantaran di Facebook rasmi Diraja itu, bermula dari tahun 2001, Kembara Mahkota Johor merupakan acara tahunan yang begitu sinonim dengan Seri Paduka Baginda sejak baginda menjadi Tunku Mahkota Johor.

“Program ini menjadi simbol hubungan erat antara institusi diraja dan rakyat, dengan baginda mengetepikan protokol serta turun padang menyantuni rakyat dalam suasana santai dan mesra menerusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

“Kenangan ini bukan sahaja mengimbau detik-detik bersejarah, malah memperlihatkan komitmen Seri Paduka Baginda dalam mendekati dan memahami denyut nadi rakyat jelata,” tulis hantaran tersebut.

Terdahulu, Sultan Ibrahim Ketika bertitah pada sambutan ulang tahun baginda baru-baru ini, Sultan Ibrahim berkenan mengadakan Kembara Diraja ke seluruh Wilayah Persekutuan bagi bertemu rakyat dan menyalurkan bantuan kepada golongan fakir miskin.

“Selepas ini saya akan mengadakan Kembara Diraja ke seluruh Wilayah Persekutuan untuk melihat sendiri kehidupan rakyat dan mengagih zakat kepada orang miskin dan asnaf yang lapar,” titah Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim turut bertitah, tiada hadiah yang lebih istimewa buat Seri Paduka Baginda selain kehidupan rakyat yang bersatu padu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI