fbpx

Ada murid tercicir akibat kemiskinan haid di Sabah – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika menyempurnakan Program Pendidikan 'Advokasi Kemiskinan Haid' di SMKA Mohamad Ali, di Ranau, Sabah pada Sabtu lalu.

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mendedahkan salah satu faktor keciciran murid di Sabah yang dikenal pasti adalah kemiskinan haid.

Beliau berkata, masih terdapat murid-murid di negeri itu yang tidak hadir ke sekolah kerana tiada sokongan untuk menguruskan haid setiap kali mereka datang bulan.

“Sayu hati mengenangkan masih ada anak-anak yang tidak dapat ke sekolah kerana tiada sokongan untuk menguruskan haid secara bermaruah setiap kali datang bulan.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku! Kita perlu ambil tanggungjawab penuh bagi memastikan isu kemiskinan haid dalam kalangan anak-anak ditangani,” katanya menerusi perkongsian di Facebook miliknya.

Terdahulu, Fadhlina menyempurnakan Program Pendidikan ‘Advokasi Kemiskinan Haid’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Mohamad Ali, di Ranau pada Sabtu lalu.

Fadhlina berkata, program kesedaran penting kerana anak-anak perlu memastikan hak mereka dipelihara tanpa kompromi.

“Sewaktu penganjuran Program Advokasi Kemiskinan Haid semalam, saya tegaskan mengenai kepentingan menyediakan bantuan tuala wanita kepada anak-anak yang kurang berkemampuan. Pada waktu sama memastikan isu berkaitan seperti tandas serta keselamatan turut diberikan perhatian.

“Pada umur semuda ini, tanggungjawab anak-anak untuk belajar bersungguh-sungguh, berusaha mencapai impian dan menikmati kehidupan alam remaja dengan penuh ceria,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI