fbpx

Yusoff Rawther boleh saman balik kerajaan, polis – Nie Ching

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nie Ching (tengah) memukul gong sebagai simbolik perasmian program Projek Membaca Anjuran Kolej Universiti Selatan di pusat beli-belah Midvalley Southkey, hari ini.

JOHOR BAHRU – Bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther yang dilepas dan dibebaskan atas tuduhan mengedar dadah dan memiliki pistol tiruan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur boleh membuat saman balas terhadap kerajaan dan polis.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, tindakan itu merupakan hak individu tersebut sebagai rakyat Malaysia.

“Di bawah undang-undang, jika dia berasakan tahanan itu adalah tidak wajar, tindakan undang-undang boleh diambil seperti dalam kes Fahmi Reza.

“Jika ulasan diberikan polis tidak betul atau tidak memuaskan, inilah hak seorang warga Malaysia untuk ambil tindakan saman balik (terhadap) kerajaan dan polis,” katanya selepas menghadiri program Projek Membaca anjuran Kolej Universiti Selatan di Pusat Beli-belah Midvalley Southkey, di sini hari ini.

Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai itu memberitahu, tindakan saman tersebut merupakan cara rakyat boleh melakukan proses semak imbang terhadap pihak berkuasa.

Pada Khamis lalu, Muhammed Yusoff dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan mengedar kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.

Pemuda itu secara konsisten mendakwa kejadian memiliki barang terlarang itu sebagai perangkap dan menjadi mangsa penganiayaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI