fbpx

UMNO perlu dominan dalam Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Luar, dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras, di Dewan Pusat Rekreasi Cheras, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

CHERAS – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan mengingatkan kepada ahli-ahli parti itu supaya berusaha keras untuk menjadi parti dominan dalam Kerajaan Perpaduan pada masa akan datang.

Menurut beliau, UMNO dengan kepimpinan sekarang sedang berusaha ke arah menjadi parti dominan yang mampu membentuk kerajaan selepas PRU-16.

Katanya, politik pada masa kini sudah tidak lagi sama seperti dahulu dan perlu beradaptasi mengikut arus politik semasa.

“Dunia sekarang tiada satu parti tunggal yang boleh bentuk kerajaan sendirian.

“Zaman satu parti boleh bentuk kerajaan sudah tamat. Kita kena teliti kawasan-kawasan mana yang kita boleh jadikan asas kekuatan. Kita ada lebih 190 cawangan. Kita mesti realistic, politik idealisme akan menghanyutkan kita,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras di sini semalam.

Katanya, UMNO mesti meneliti sebab-sebab kekalahan mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-15 sebelum ini bagi memahami punca yang mesti diperbetulkan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Kita mesti kaji sebab-sebabnya. Kalau kita gagal menilai dan memahami punca, maka kita akan terus hanyut. Kita sendiri akan jadi punca.

“Macam orang sakit, bila pergi jumpa doktor, dia perlu diagnosis dulu. Begitu juga dalam UMNO sekarang. Saya bercakap bukan atas nama cawangan, tapi atas nama UMNO secara menyeluruh,” ujarnya.

Mohammad berkata, UMNO sedang berusaha memperkuatkan parti dan berjanji untuk tidak akan menarik sokongan daripada kerajaan sekarang bagi melaksanakan agenda parti.

“Saya sebagai Timbalan Presiden bantu beliau (Presiden) untuk memperkasakan parti.”

“Lebih baik kita berada dalam kerajaan. Kita boleh laksanakan agenda,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI