fbpx

Seorang lagi jemaah haji meninggal dunia di Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Nor Azamuddin

PETALING JAYA – Seorang lagi jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci semalam akibat serangan jantung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar menerusi hantaran di Facebook berkata, jemaah itu ialah Nor Azamuddin Ahmad, 56, daripada KT073.

Beliau berkata, Allahyarham Nor Azamuddin menetap di Bangunan Marsa Al Jariah, Maktab 81 (PJH-Mahabbateen) dan ditemani isteri, Rozina Saad sepanjang berada di Tanah Suci.

“Pihak Tabung Haji (TH) menguruskan pengesahan kematian dan memaklumkan berita pemergian kepada waris di tanah air. Segala urusan jenazah akan diuruskan oleh petugas haji, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran tersebut hari ini.

Mohd Na’im berkata, beliau mewakili seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Nor Azamuddin dan mendoakan semoga mereka diberikan ketabahan dan kekuatan atas ujian tersebut.

“Marilah kita semua mendoakan agar roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. Amin ya Rabbal ‘alamin,” katanya.

Kosmo! difahamkan, Allahyarham Nor Azamuddin merupakan jemaah Malaysia ke-14 yang meninggal dunia di Tanah Suci pada musim haji kali ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI