fbpx

Polis tangkap geng siber curi data perbankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis Dubai menangkap geng siber yang memperdayakan mangsa memberi maklumat perbankan. - Foto Polis Dubai

DUBAI – Pusat Antipenipuan Polis Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menangkap sebuah geng siber yang melakukan kegiatan mencuri data perbankan, lapor portal berita Gulf News hari ini.

Geng itu memperdaya mangsanya supaya mengklik pautan palsu dengan menyamar sebagai pihak pengurusan restoran, syarikat penghantaran dan tawaran promosi.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai untuk mengelak daripada mengklik pautan yang mencurigakan, walaupun ia kelihatannya datang daripada sumber yang dipercayai. 

Kumpulan itu menghantar mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pautan yang mengandungi nama palsu serta tawaran daripada organisasi terkenal untuk memperdaya mangsa supaya berkongsi butiran perbankan. 

Sebaik mangsa memasukkan maklumat mereka, penjenayah-penjenayah itu menggunakannya untuk mengeluarkan wang.

Polis Dubai berkata bahawa pasukan khusus, bekerja rapat dengan pihak berkuasa lain telah menganalisis corak mesej penipuan dan aktiviti penipuan tersebut sehingga membawa kepada penahanan geng itu dan rampasan alat elektronik mereka. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI