fbpx

Man. United ‘menggila’, beli penyerang lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EKITIKE menjadi sasaran terbaharu United bagi menguatkan jentera serangan selepas berjaya membeli Cunha baru-baru ini. - AFP

MANCHESTER – Manchester United benar-benar serius mahu berbelanja besar pada jendela perpindahan kali ini apabila menjadikan penyerang muda Perancis, Hugo Ekitike sebagai pilihan alternatif jika gagal mendapatkan Viktor Gyokeres.

Sebagai rekod, The Red Devils terdesak untuk menandatangani Gyokeres di Sporting Lisbon yang mahu melakukan ‘reunion’ bersama pengendali, Ruben Amorim pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Namun, faktor harga yang tinggi menyaksikan United mahu mencari pilihan alternatif dengan Ekitike dianggap sebagai sasaran lebih realistik terutama usianya baru mencecah 23 tahun.

Cuma masalahnya dari segi harga diletakkan oleh kelab diwakili Ekitike, Eintracht Frankfurt masih lagi tinggi apabila dianggarkan mencecah £85 juta (RM489.8 juta).

Ketua Pegawai Eksekutif Frankfurt, Markus Krosche mengakui pihak kelab tidak terdesak untuk menjual Ekitike dan kemungkinan besar harga jualan dikekalkan sehingga jendela perpindahan ditutup nanti.

“Kami tidak perlu menjual Ekitike sekiranya tidak mendapat bidaan yang berbaloi dengan harga pasarannya. Kemungkinan besar juga dia akan kekal,” kata Krosche.

United kini mahu memperbaiki jentera serangan selepas Matheus Cunha melengkapkan perpindahan daripada Wolverhampton Wanderers dengan yuran perpindahan £62.5 juta (RM358.29 juta).

Dengan kemasukan Cunha, United berharap mereka mampu untuk menjaringkan lebih banyak gol selepas penggempur sedia ada, Rasmus Hojlund dan Joshua Zirkzee gagal melaksanakan tugas dengan baik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI